teks bergerak

Selamat Datang ke Portal Rasmi SMK Maran 2, Maran, Pahang Darul Makmur...Semoga anda mendapat maklumat yang dikehendaki dan ceria-ceria selalu...YAKIN BOLEH!!!
/>

Jumaat, 11 Disember 2015

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2015 Diumumkan Keluar


Tarikh bila keputusan rasmi peperiksaan PT3 2015 diumumkan keluar. Bagi calon PT3 telah selesai menjalani peperiksaan awam PT3 untuk tahun 2015, semakan keputusan PT3 boleh disemak mulai Isnin 14 Disember 2015. Terdahulu, PT3 2015 merupakan calon kumpulan kedua yang  telah mengharungi peperiksaan PT3 sejak ianya mula dilaksanakan mulai tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan PMR.

pt3-2015

Tarikh Keputusan Rasmi PT3 2015 Diumumkan Keluar (Rasmi)
Keputusan PT3 2015 akan diumumkan keluar pada Isnin 14 Disember 2015. Tarikh rasmi itu telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Keputusan PT3 2015 Menerusi Sekolah
Calon PT3 2015 boleh mengambil slip keputusan PT3 di Sekolah Masing-Masing bermula pada pukul 10.00 pagi pada hari keputusan PT3 diumumkan keluar iaitu pada 14 Disember 2015. Format pakaian adalah memakai baju sekolah dengan kemas.

Semakan Keputusan PT3 2015 Online
Semakan boleh dibuat menerusi http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php setelah tarikh keputusan diumumkan keluar.

Kronologi Keputusan PT3
2015: 14 Disember 2015
2014: 22 Disember 2015


Sumber: Tarikh Rasmi Keputusan PT3 2015 Diumumkan Keluar